Patrick's profileMy Space, my life...PhotosBlogListsMore ![]() | Help |
|
February 08 Hari yang malangKepada para kawan sekalian,
Hari ini sememangnya salah satu hari yang begitu memenatkan jiwa saya... Kepenatan itu menyebabkan jiwa saya tidak tenteram dan akibatnya, mood saya hari ini terjejas dan amat buruk menjelang hari petang tadi. Dalam perjalanan saya pulang ke rumah, kesesakan lalulintas yang teruk menambah kepada kesengsaraan jiwa yang saya alami. Tetapi sebagai seorang pemandu yang berhemah and yang mempunyai toleransi yang tinggi kepada tekanan, saya masih boleh menahan and mengawal perasaan perit di dalam hati saya...
Perjalanan pulang hari ini mengambil masa selama satu jam setengah iaitu sebanyak 2 kali lebih daripada perjalanan pulang biasa yang lebih kurangnya 45 minit. Apabila sampai di rumah pula, saya disambut dengan bil-bil yang begitu banyak sekali and melebihi RM 1000!! Saya mengatakan kepada diri saya bahawa hari ini memanglah salah satu daripada hari yang buruk!! Dalam keadaan yang merungsingkan diri dan kebingungan terpaksalah saya mengaku kepada nasib saya yang malang hari ini.....
Harapan saya adalah untuk suatu hari yang cerah dan mengembirakan esok... Bersama-sama saya, tolonglan mendoakan kebahagian untuk saya!
Sekian Terima Kasih!!! Comments (2)
TrackbacksThe trackback URL for this entry is: http://patrickhew.spaces.live.com/blog/cns!35C9A51E8A2D97A2!167.trak Weblogs that reference this entry
|
|
|